Enter your email address:


Bagaimana blog boleh membantu anda?

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah.

Banyak blog terhasil setiap hari. Banyak jugalah setiap blog-blog ini kupas - antara isinya sejelas isu politik hinggalah serumit masalah dapur Erra Fazira atau Makcik Suzaili Samad (tidak berkaitan antara hidup dan mati-maaf, jika ada-sacara kebetulan...)

Blogger boleh menulis apa saja, selagi perkara itu diminati dan difahami sejelasnya oleh penulis. Tidak kiralah maklumat itu berdasarkan nilaian minda atau sekadar menulis apa yang beliau rasa.

Bagaimana memilih blog yang dapat membantu anda?

Pertama sekali, tanyalah diri anda-apakah yang anda cari?

dan sesudah itu terdapat banyak cara untuk memanipulasikan carian anda.
Ingat-apa yang perlu anda cari adalah AMAT UTAMA SEKALI.

Jika anda mahu perkara berkaitan politik, atau berkaitan masakan terbaru menggunakan cencalok, anda pergi saja ke carian internet dari penyedia enjin carian.

Jadi dari sana anda menghalusi lagi-mana satu blog yang anda ingini.

Terdapat juga cara lain seperti anda melakukan carian di technorati.com. Di sana terdapat ribuan malah jutaan (mungkin) topik yang anda cari. Di sana adalah berupa direktori dan database berkenaan blog-blog global.

Dari situ, anda dapat mencerakinkan lagi carian anda-lebih menjadi kecil skopnya. Dunia blog ini adalah begitu luas dan mungkin anda bakal terbabas sekiranya tidak mengikut halatuju anda sebenar.

Akhirnya, pastikan anda dapat apa yang anda cari dalam blog! Syukur, pada zaman sekarang, carian di internet menjadi lebih mudah dan lebih terperinci-kerana kewujudan blog.

Sedemikian kecil dan seumpama tidak penting suatu topik pada sangkaan kita, namun sebenarnya terdapat ribuan yang menghargai dan meminati topik yang kita sangkakan 'enteng-enteng' sahaja.

Selamat mencari apa yang dicari di blog!


Pendapatan beretika dari Blog - dan semestinya Lumayan..!!

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah.


Kebiasaan dari membaca penulisan blog, kita dapat mencari topik yang kita minati. Kepelbagaian topik inilah membuka ruang pendapatan kepada mereka yang bijak merebut peluang. Namun, ada satu perkembangan yang kurang sihat – pada hemat penulis. Ada beberapa penulis blog yang menanyakan berapa kali blognya dipaparkan kepada umum, sebagaimana yang terdapat dalam blog tulisan jutawan blog.


Artikel kali ini hanya mengingatkan kita semua betapa pentingnya pengisian dalam semua perkara. Bak kata moneyCEO, blog bukanlah tamsilan seperti pasar malam, yang banyak terfokus kepada usaha jual beli. Tetapi seperti penerangan Yaro Starak dalam BlogMastermind.com – blog merupakan ruang komuniti dan perhubungan yang telus( sebelum anda boleh ’leverage’ semestinya..!!:D).


Mempromosikan suatu produk pada satu-satu post dan thread dalam forum merupakan satu cara pemasaran yang berkesan. Namun peringatan utama di sini adalah bukan secara keterlaluan atau hilang nilai jujurnya. Saranan MoneyCEO, beli dan guna produk yang ingin anda promosikan. Ini bagi menjamin suatu kredibel suatu review yang dibuat dan sudah pasti anda dapat menjamin pembeli – kerana anda tahu sebab utama anda membelinya!

Anda berdepan dengan risiko kehilangan prospek, dan lebih malang lagi – pengunjung serik untuk melawat blog anda. Jadi pengiklanan yang beretika dan terancang prosesnya adalah amat penting bagi menjamin pendapatan yang seiring dengan reputasi anda.


Adalah dilarang keras (dari pandangan pengunjung blog – semestinya) untuk kita mempamerkan gambaran blog kita sebagai mesra iklan. Naluri manusia, iklan bukanlah suatu yang dicari. Mungkin ini akan menghasilkan gambaran terdesak pada pandangan mereka. Dari artikel asal, penulis mengemukakan contoh semasa kita menonton rancangan kegemaran, tiba-tiba terpampang iklan. Terganggulah keseronokan dan terbantutlah penghayatan kita pada rancangan kegemaran kita (...masa tengah klimaks cerita pulak tu!)


Peringatan yang tak kurang penting dari penulis adalah: terdapat sebahagian penulis blog yang memeberikan review secara melambung tinggi pujiannya. Nilai keperluan produk dalam hidup yang terlampau tinggi, dan pelbagai nilaian yang melambung tinggi.

Dibimbangi perkara ini bakal memudarkan kredibiliti penulis blog dan keparcayaan audien.


Perkongsian yang menarik ini adalah dari pembacaan di – CariGold.com dan www.jutawanblog.com


Maju bersama Selamanya!


Fakta Penting Perniagaan Internet


Assalamualaikum dan Salam muhibbah.

Dunia makin maju. Setiap hari ada saja inovasi yang berubah, dan mengubah horizon pemikiran kita. Setiap perubahan adalah bersesuaian dengan naluri manusia; memenuhi kehendak dan keperluan semulajadi dan jiwa manusia.

Samada sedar atau tidak, natijah dari perubahan ini adalah; kita mempunyai persepsi yang berbeza-beza dalam mengharungi dunia yang tidak menentu, ekonominya mahupun semasanya dan juga akhlaknya dan lain-lain kebimbangan yang kadangkala dan seringkali tak berasas.

Persepsi yang tak pernah sama antara kita melahirkan 2 golongan secara amnya.

Pertama, pengikut arus.
orang terikut dengan arus semasa- ikut saja situasi semasa. Jika buruk pasiflah ia, jika baik,bernasib baiklah ia. Untung sabut timbul, kalau batu tenggelam. Golongan sentiasa meminggirkan diri dari peluang yang kadangkala wujud dalam keadaan semasa kerana disebabkan menjadi ’mangsa keadaan’.

Kedua, penongkah arus.
orang yang tak mudah mengalah. Sering memikirkan perkara terbaik dan berhikmah dalam satu-satu ujian semasa. Kadangkala semangatnya menjadi luntur dek arus semasa yang amat deras dan..,keupayaanya untuk menongkah arus yang turun naik kemahirannya...

  • Menongkah arus merujuk kepada peredaran dan keterbiasaan situasi atau tingkahlaku (behaviour) semasa,
  • Pengikut arus adalah mereka yang tunggu keadaan merubah untung rugi nasib mereka dan,
  • Penongkah (melawan) arus adalah pelaku yang melanggar rutin arus atas suatu sebab yang dia sendiri mengerti.

Dalam usahanya menongkah arus, pelaku yang mengikut arus atau orang yang mengikut dan menyerahkan halatuju diri kepada keadaan semasa adalah lebih ramai dari sipenongkah..

Bayangkan, dalam sekawan ikan yang bergerak sekata sekumpulan, terdapat seekor yang melawan arus. Dia mungkin dianggap tidak mempedulikan hal semasa dan mementingkan diri. Jarang ikan-ikan lain menilai kenapa dia membuat keputusan sedemikian, yang kadangkalanya kelihatan berisiko tinggi.

Kemungkinan ikan itu sedang berlatih menguatkan kemahiran renangnya, barangkali nak masuk olimpik..:)

Apapun, metafora yang ditamsilkan disini merujuk rapat dengan kehidupan penulis. Saya suatu masa amat termakan dengan andaian rakan yang mengatakan mustahil untuk menjana pendapatan di ruang siber.

Alasannya , pasaran dah tepu. Nak bersaing dengan pakar Pemasaran lagi. Jangan harap nak hidup, sara hidup bulan-bulan apatah lagi..

Ditambah dengan kemahiran bercakap yang lancar dan petah, penulis termakan racun madahnya tanpa disedari.

Namun, setelah pulang dan bermeditasi sejenak di rumah, terfikir pula, kenapa dia terlampau negatif tentang perniagaan internet?

Setelah diselidik, rupa-rupanya dia pernah ditipu oleh sebuah perniagaan, lebih tepat lagi skim pelaburan palsu yang bertopengkan perniagaan mega...Hal ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubarinya.

Tambahpula, dia tidak jelas maksud perniagaan internet dan pelaburan internet..,

Ya, sebelum terlupa.., daripada hujahnya yang mengatakan pemasaran dah tepu, penulis menjangkakan dia berkata sedemikian kerana pengalaman pahit dengan pelaburan internet telah mebuatkannya menutup ruang untuk melihat faedahnya.

Hujahnya dangkal walaupun isi yang diutarakan waktu itu banyak.Kebetulan pula keadaan semasa yang penuh dengan isu pelaburan haram. Contoh-contoh kegagalan perniagaan dan pelaburan internet dimanipulasikan untuk menguatkan hujah.(sampai saya pun tertipahtertipu)

Fakta#1
Satu FAKTA yang tidak disedarinya, walau sebanyak manapun Pedagang[lebih tepat lagi pemasaran] Internet (IM) lahir setiap masa, demikian jugalah ramainya pengguna internet yang bertambah setiap masa. Malahan, setiap pengguna internet, bukan semuanya pedagang maya (IM). Jumlah pengguna internet setiap hari adalah berganda-ganda mengatasi jumlah pedagang internet.

Saya sendiri, sebelum ini tidak dapat membezakan secara jelas antara semua kaedah pembikinan wang di internet. Persepsi orang kebanyakan termasuk penulis pada masa itu adalah : buat wang di internet = risiko akan ditipu..

Sehinggalah media massa mengebahkan terdapat IM yang menjana puluhan ribu sebulan dan mendapat respon yang pelbagai dari khalayak, barulah penulis saya membuat kajian dengan hati yang terbuka....

Fakta utama kejayaan yang saya dapat dari kajian, dan perkara ini sama dengan mana-mana formula kejayaan adalah: USAHA, MATLAMAT YANG JELAS & KONSISTEN kunci utama kejayaan IM yang hebat.

Meliputi semua IM, Pro blogger, pedagang Internet, Skillfull Forumer dan lain-lain Pengamal Perniagaan Internet yang lain.

Peratusan orang yang berjaya amat kecil. Mengapa? Umpama sudah menjadi hukum alam, yang hebat pasti kecil jumlahnya...tapi menyengat!

Mari, sama-sama mengubah hal perkara ini, dengan berganding memantapkan naluri kejayaan, mengentalkan fikiran dan asah kemahiran.

Selamat datang tahun baru, Selamat datang Azam Baru.

Selamat Menempuh Kejayaan dan hargailah perjalanan ke puncak!

p/s: 1 lagi misi saya terpaksa berjaya, nak tunjuk bukti pada sahabatku itu...dan sekelilingku.


Dan, Jalan Pintas untuk Berjaya Adalah...

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah.

Apakah matlamat yang sejelas-jelasnya anda dalam melayari internet?

Matlamat saya adalah lebih cenderung kepada -

  • Mencari maklumat yang berkaitan,
  • berhibur,
  • berkomunikasi
  • kemaskini kandungan emel, blog dll.

Dan akhirnya saya merancang dan bermatlamat untuk menyebarkan kebaikan, moga kebaikan berkekalan(dengan IzinNya).

Jadi lahirlah tajuk pada post kalini..

Kejayaan adalah suatu yang amat subjektif, tertakluk kepada individu.

Bagaimana ia menakrifkan kejayaan. Takrif inilah yang semestinya memandu kita, kearah jaya - yang kita visualkan.

Hal ini lah yang membezakan usaha kita.

Bagaimana dengan anda?

Mula dari takrifan-kita akan membina apa saja yang berkaitan kejayaan kita itu.

Dan 1 rahsia paling utama adalah,setiap insan mempunyai cara dan jalan tersendiri sebagai langkah pintas untuk berjaya.

Perhatikan insan yang berjaya. Sesetengah berusaha kuat untuk kejayaan, dan sebahagian lagi kelihatan bersahaja dalam usaha kejayaan.

Mana jalan pintasnya??

ya, insan pertama GEMAR melakukan kerja yang kelihatan kuat berusaha dan 1 lagi, GEMAR menggunakan minda dan atas sifat bersahaja,dia kelihatan rileks.

Tahukah anda mereka ini melakukan perkara yang diGEMARI oleh mereka?

Itulah jalan pintas mereka.
Rahsia yang bukan rahsia pada mereka yang kenal dan tahu matlamat perlakuannya.


Apa Nilaian Anda berkenaan SAHSIAH ANDA ?

Sahsiah terpuji, anda dihormati!

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah.

Bosan bila mendengar tajuk yang tak bermomentum seperti di atas. Jika tajuk yang lebih bombastic dikenakan, pasti ramai yang ingin tahu apa isinya.

Namun, bukanlah untuk segera menulis suatu yang menarik secara segera-Cuma ingin berkongsi rasa berkenaan dengan sahsiah diri.
Apa itu sahsiah?

Bagaimana membina sahsiah yang disenangi ramai?

Tumpukan kepada kebaikan. Amalkan selama 20 hari mula, dan 20 hari terakhir. (40 hari keseluruhannya)_nasihat dari Rasullulah S.A.W.

Selepas itu-lihat perubahannya. Sahsiah dan sikap terpuji adalah amalan rutin anda!

Sahsiah menyeluruh sifatnya, sejauh mana dianggap terpuji juga kadangkala subjektif. Apa yang membezakan setia insan di dunia mungkin sahsian (dari konteks nilaian positif) [ sebagaimana bagi umat islam dibezakan melalui iman di hati mereka.]

Sahsiah jugalah yang menjadi kompas kebaikan insan.Sejauh mana kita menilai perkara baik yang dilakukan insan lain dan sejauh mana kita berbaik sangka dalam konteks yang rasional.

Lihat sahaja minda mereka yang berjaya. Dengan nilaian sahsiah, mereka sentiasa meraikan kejayaan orang lain dan pada masa yang sama mencari peluang menambahkan faedah dalkam diri. Sahsiah yang digemblengkan dengan pemikiran yang sihat.

Sahsiah juga mempengaruhi kelakuan insan secara langsuang (sudah tentulah...) Kemahiran analatikal pun dipengaruhinya, sekiranya kompas utama adalah sahsiah yang positif.

Ini adalah huraian kompleks tetang sahsiah. Maksud yang paling jelas adalah sahsiah berupa suatu yang terlahir dari corak pemikiran sedari kecil dan dipengaruhi oleh gaya hidup seseorang.

Sahsiah terpuji, hati mu murni!!


Ketahui Permulaan Terbaik buat diri anda selamanya.

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah.

Siapakah anda? Apakah Kebolehan anda? Bagaimana personaliti anda? Sejauhmana kekentalan motivasi anda dalam meneruskan apa saja tugasan? Apakah kesimpulan keseluruhan diri anda?

Soalan di atas adalah antara soalan yang PERLU dilunaskan sebelum anda melakukan apa saja tugasan - selagi membabitkan hidup anda. Ada sebahagiannya dijawab dengan pasti, ada yang tidak, dan kebanyakan dari kita, malahan saya sekalipun meyakini jawapan terhadap persoalan itu adalah pasti, namun masa dan pengalaman yang berlalu membuktikan ada lagi jawapan yang lebih tepat untuk soalan itu.

Persoalan paling utama, apakah kita pasti dan kenal-sejauh mana kemampuan kita dalam situasi penugasan yang pelbagai?

Kepentingan

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda tidak pasti dan tidak yakin dengan pilihan yang dibuat? Bagaimana pula dengan cerita dari rakan atau dari mana-mana sumber yang mengatakan keculasan kerja yang dilakukan oleh segelintir pekerja, dan akhirnya berdepan dengan masalah dibuang kerja?

Rentetan dari diberhentikan kerja itu biasanya ada 2. Satu, mereka yang dibuang mencari kerja lain yang lain atau, mencuba bidang baru dan berjaya. Rentetan pertama mempunyai 2 keputusan pula, samada kerja yang baru diperoleh lebih baik atau sama dari dulu dan lebih malang lagi jika teruk dari dulu. Rentetan ke2, biasanya lebih positif. Mereka berjaya dalam bidang baru yang diktakan asing dengan rutin kerja sebelumnya.

Biasa dengar?

Kita lihat satu contoh. Puan Norma diberhentikan kerja setelah Syarikat G menghadapi kemelesetan Pengurusan aset. Rasional diberhentikan selain dari kepayahan membayar gaji adalah kualiti kerjanya yang sederhana. Pada awalnya, Puan Norma buntu. Dia pening dan sedih memikirkan masadepan keluarganya, tambahan pula-dia ibu tunggal.

Kemudian dia melakukan mengikit kehendak naluri dan kemahuan untuk menertuskan kehidupan. Demi itu, beliau melakukan bidang yang digemarinya dan mahir dalam melakukannya-menjual kerepak pisang.

Alhamdulillah, setelah sebulan melalui detik kepayahan yang disulami kegembiraan (kerana sukakan tugasnya) Puan Norma akhirnya berjaya menjadi pembekal kerepek pisang terkemuka.

Terfikirkah anda, alangkah baiknya puan Norma bermula sedari awal lagi pada bidang yang disukainya-dan tanpa disedari bakatnya dalam bidang itu?

Mesejnya jelas. Apabila anda mengetahui kebolehan anda-Bakat, Kebolehan, Personaliti dan Tahap Motivasi, anda akan lebih Terdorong, Proaktif, Minat, Ceria dan pelbagai lagi penghasilan positif pada bidang anda itu. Dari situ, anda jelas-wang bukan selamanya pendorong yang sempurna-walaupun tiada manusia yang mampu hidup tanpanya!

Anda mungkin terbiasa dan pernah mendengar kisah graduan tempatan, graduan Malaysia yang mendapat pekerjaan pilihan mereka. Apabila diajukan pertanyaan berkaitan kerja yang dipilih dan diminati, respon yang diperoleh biasanya begini: ”Saya hanya mendapat kerja ini. Saya kerja dulu-timba pengalaman. Lebih baik dari tiada kerja langsung”.

Sering mencari pengalaman dijadikan alasan yang paling ampuh dalam menentukan ’life work’ atau gambaran kerja mereka. Ini fenomena yang mampu menyekat peluang produktiviti mereka.

Jika dilihat lebih mendalam lagi dan bertanya-atas dasar apakah kita memilih sesuatu bidang, seawal dari peralihan kejurusan sastera atau sains tulen atau apa-apa jurusan yang disediakan ketika itu. Kita mempunyai pertimbangan asas yang mebolehkan membuat pilihan pada masa itu. Namun, sejauhmanakan asas ini tepat dalam menentukan kecemerlangan hidup kita?

Kesan yang amat membimbangkan jika mengambil pilihan yang tidak tepat adalah: kita akan berdepan dengan kerja yang kita tidak sukai selama kita bertugas!

Dalam alam pekerjaan, sebagaimana yang ditegaskan oleh Amin Hazyq dalam bukunya, ujian Aptitud ( Perintis Book 2006 ), terdapat 2 perkara yang harus diketahui sebelum memilih kerjaya:
  • Mengenali diri sendiri
  • Mengetahui peluang yang ada

Tambahnya lagi, kerjaya yang bersesuaian dengan peribadi kita akan membolehkan kita:
  • Mampu menyerlah kebolehan dan kekuatan diri
  • Sesuai dengan perlakuan dan cara hidup kita (personaliti)
  • Apa yang dapat merangsang pemikiran dan minat kita (motivasi)

Demikian serba sedikit perkaitan antara mengenal diri secara tersirat (mentality) dan perkaitannya dengan keseluruhan hidup kita. Pada tulisan yang lain, kita akan membincangkan bagaimanakah mendalami dan memperhalusi (mengenal) diri kita melalui beberapa kaedah yang biasa didengar dan kaedah yang unik dalam proses ini.

Demi kecemerlangan bersama!

Wassalam.


Hanya Untuk Pengurusan Amatur...dan yang Terlajak Atur..!! :-)

Rahsia 8 Aspek-Pengurus dan Staff Cemerlang

Kejayaan suatu organisasi terletak kepada perancangan dan usaha pemimpijn yang berkesan dan tidak mudah puas hati atau cepat mengalah.
Jika anda Pengurus atau pemimpin:

1.Sentiasa Mengingatkan Perkara Etika Pengurusan (Sacara Tidak Langsung) Dalam Perbualan.
Pengurus dan pemimpin cemerlang sentiasa berkomunikasi. Tidak kiralah bagaimana cara anda. Dikhabarkan Rasullullah adalah pemimpin yang paling banyak bercakap-menyampaikan segala peringatan kepada umatnya. Warrent Buffet, pelabur terkenal adalah seorang yang jarang bercakap, malahan mesyuarat pengurusan tertingi adalah sekali dalam setahun. Namun, dia adalah seorang yang jelas mesejnya. Ketika mempunyai peluang dan mahu bercakap, beliau dikatakan menyampaikan maklumat sejelas-jelasnya akan halatuju organisasinya. Contoh terbaik untuk diikut adalah yang paling bersesuaian dengan naluri kepimpinan positif kita. Apakah gaya komunikasi anda? Amalkan dan giatkan!

2.Kuasa Pembahagian Tugas.
Pembahagian tugas menunjukkan 2 perkara utama.
1. Pengurus yang bijak mengoptimakan tenaga dalam organisasi dan,
2. Pemimpin yang memberi kepercayaan kepada anggota kerjanya untuk membentuk organisasi bersama.
Manusia sentiasa memperoleh kepuasan dalam menjalankan kerja. Apa saja kerja, jika selari dengan hati dan nalurinya- jika tidak pun, pada penugasan yang pertama cemerlang hasilnya-pasti dia akan amat menghargai tugas yang dia lakukan untuk kecemerlangan organisasi. Melahirkan rasa bangga yang sempurna, kerana terlibat dengan membangunkan organisasi.

3.Mesyuarat-Pertautan Antara Hati.
Mesyuarat dilihat gelanggang mencari penyelesaian, kata sepakat dan platform pembahagian tugas. Lebih dari jangkauan tersurat, mesyuarat menunjukkan pertautan hati dan penghasialn buah fikiran yang sihat. Dalam gelanggang ini, emosi dan nilai tudas yang digembleng secara optima, dan menjurus kepada matlamat yang paling utama dalam satu-satu mesyuarat itu.

4.Aktiviti Bersama-Keseragaman.
Apa saja aktiviti, yang berkaitan dengan organisasi dan dilaksanakan olehnya-perlu dihadiri oleh pemimpin. Perlu diingat, bukan sekadar datang dan memantau-menjadi lebih baik jika memberi saranan dan pujian dan rasa bangga dengan pencapaian. Ini membuktikan keseragaman bersama dalam apa jua tindakan, penting atau separa penting,rasmi atau tidak. Selitkan nilai motivasi dengan ayat ringkas dan pendek. Impak ikhlas dan jujur terkandung dalamnya.

5.Memelihara Kebajikan Semua-Terperinci Yang Boleh.
Manusia adalah makhluk yang mempunyai nilaian emosi yang sensitif. Ini terbukti dengan peribahasa keras-keras kerak nasi-menggambarkan hati manusia walau sekeras mana sekalipun, kena dengan cara dan perkara yang selari dengan ’anginnya’-lembutlah ia. Jadi mesej disini adalah; jagalah kebajikan semua staf anda.Walaupun jika tiada apa yang boleh diberi, tanyalah khabar dan tunjukkan empati anda dengan melahirkan kedutan kebimbangan di wajah anda jika dia menceritakan kesusahannya.

6.Sentiasa Menghabiskan Masa Bersama Staff Pada Masa Senggang.
Masa senggang anda. Apa yang anda lakukan? Melainkan itu waktu anda perlu ruang ’keseorangan’(privacy), anda perlu sentiasa bersama dengan staff-jika terdaya. Ini menunjukkan keprihatinan anda terhadap hidup mereka. Sebolehnya, pada pandangan mereka, anda mahu turut serta sebagai salah seorang dari anggota famili mereka. Tapi awas, jangan sampai anda tergadai peraturan dan tetapan kerja anda!

7.Membudayakan Fokus Terhadap Tugas - Melalui Ketampanan Sosial.
Walaupun anda rapat dan disenangi staf sekerja, anda masih perlu mengutuhkan peraturan dan ketetapan kerja – kekal dengan prinsip organisasi. Bagaimana hendak kekal berprinsip? Katakanlah pada mereka: anda lakukan semua ini (patuh kepada organisasi) untuk kebaikan organisasi dan kita semua.

8.Lakukan Mengikut Peraturan...Dan Seterusnya Pertimbangan Budi Bicara.
Ada apa-apa masalah berkaitan pekerja anda? Jika ada, tegaskan dengan landas peraturan!...dalam nada yang amat tenang, dan jika kena dengan situasinya, santailah dalam ucapan anda.
Kemudian...ini ’trick’ anda. Timbanglah dengan pertimbangan budibicara dan letakkan klausa seperti ’sepatutnya tak boleh begini’ atau meletakkan akibat dari kelonggaran itu menjadi tanggungjawab anda. Ini memperlihatkan anda seorang yang mahu membela nasib dan kebajikan staff anda. Tetapi janganlah sampai melanggar perlembangan organisasi anda!

dipetik daripada blog tippengurusan


MyLangit Theme By ArpitNext
Copyright © 2008 Bloggerized by : GosuBlogger | Inspired By Langit : Eches